
Pinjaman pajak gadai ialah cara yang cepat dan mudah untuk pinjam wang tanpa perlukan pemeriksaan kredit. Penilai kami akan buat tawaran kepada anda selepas dia menilai item anda. Jika anda terima tawaran tersebut, anda akan gadai barangan anda dengan kami (dikenali sebagai cagaran) untuk dapatkan wang tunai dengan segera.
Serta merta! Anda jamin dapat penilaian pantas dan tepat untuk barangan anda oleh pakar penilai kami yang berpengalaman, dan akan terima wang tunai serta-merta sebaik sahaja anda terima tawaran itu. Sistem komputer dan instrumen penilaian yang canggih membenarkan kami memproses pinjaman bercagar tanpa sebarang kesusahan untuk pelanggan dengan cepat dan mudah.
Kami terima pelbagai jenis barangan cagaran, termasuk semua jenis emas, barang kemas dan berlian serta jam tangan dan alat tulis mewah.
Our experienced and technically competent master appraisers all have between 10 and 50 years of experience in dealing with different kinds of jewellery and valuables. They will first authenticate your valuables, then examine their condition and assess the items based on their expertise, coupled with the use of our advanced appraisal instruments, before they finally determine the pawn value. The pawn amount will then be offered to you.
Sila bawa barang berharga anda, bersama kad pengenalan atau pasport anda.
Kadar faedah kami ialah 2% sebulan.
Ya, anda boleh bayar faedah dan memperbaharui cagaran anda di mana-mana Pajak Gadai WellChip yang terletak di sekeliling pulau.
Amaun pinjaman adalah berbeza mengikut nilai barang. Tiada amaun nilai minimum untuk transaksi pajak gadai.
Selaras dengan Akta Pajak Gadai, penggadai mestilah berumur minimum 18 tahun.
Anda tidak perlu bayar amaun penuh sekaligus; anda boleh bayar secara ansuran, dan setiap ansuran boleh lanjut tempoh pegangan selama enam bulan lagi. Jika anda gagal memperbaharui gadaian anda atau tebus barangan anda selepas enam bulan, barangan anda akan dirampas.
Sila lawati cawangan WellChip yang anda gadaikan barang anda untuk minta tiket pajak gadai gantian. Caj pemprosesan sebanyak $10 (termasuk 7% GST) dikenakan untuk setiap tiket gantian.
Barang yang digadai disimpan di dalam bilik kebal yang kukuh atau peti besi di kedai pajak gadai kami, semuanya dilengkapi dengan kamera pengawasan 24 jam dan sistem penggera.
Penggadai atau mana-mana pemegang tiket pajak gadai boleh tebus gadaian dengan tunjuk tiket pajak gadai dan bukti identiti. Kami kemudiannya akan pulangkan barang yang dicagarkan selepas terima amaun pajak gadai pokok dan faedah yang terakru.
Jika anda tidak dapat tebus item anda secara peribadi, anda boleh hantar satu wakil untuk buat demikian bagi pihak anda. Wakil tersebut mesti bawa bersama tiket pajak gadai anda, bersama-sama dengan kad pengenalan (jika dia warganegara Malaysia atau pemastautin tetap), atau permit kerja (jika dia pekerja asing di Malaysia).